Tuesday, January 19, 2010

peristiwa & kesah de' ipoh



haaa...macam ni, aku terasa macam nak cerita perjalanan aku dari mula jejakkan kaki di ipoh....
hehe..aku berada d ipoh pada 23/6/2003. aku telah di terima masuk ke POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)dgn mengambil diploma akauntasi selama 3 tahun....sepanjang berada d ipoh nie, aku duduk di luar kamsis(asrama la).selama 3 thun tu aku berpindah rumah sebanyak 6 kali (uish byk tue)..sebab rumah2 yg aku duduk tu...semua nya keras(berhantu la). sebab tu berpindah....kemudian kwn2 aku menggelarkan nama chep (chef la)sebab aku ni suka masak kt rumah sewa aku...dan aku juga menjual lauk dekat budak2 poli yg malas masak.hehehe..termasuklah kakak aku yg belajar kt poli...
erm..kalau nak tau aku nie ramai kakak n mak n ayah angkat di ipoh tue..lebih2 lagi kat taman CempaKa...seronok gak ader family ramai..kat ipoh ni jugak la yg saya dapat tau yg saya dapat satu penyakit(&%#@*) biarlah rahsia. bila dapat tau tue down gak.tapi nasib ader kwn2 n mak angkat n kakak angkat yg byk memberi semangat...alhamdulillah syukur.....aku dapat atasi nya...aku pun mula lah bekerja de benteng (tempat mkan) cthnya basuh pinggan,ambil order dan buat air...bila raya aku ambil tender wat kuih raya...best gak...pengalaman bukan senang nk dapat..huhu..
kat politeknik pula aku rajin gak join aper yg poli puo ni wat..ader gak pegang jawatan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) selama 1 penggal. dan aktif dengan KESENIAN& kebudayaan politeknik ungku omar (KESUMAR). semasa aku dalam kesumar ni aku pegang selama 2 tahun sebagai pengerusi bagi kelab KESUMAR dan diluar poli aku ader group sendiri iaitu aril dance group....so aku memang busy
.setelah aku tamat diploma, aku terus mendapat surat lantikan menjadi pegawai kebudayaan(kontrak) politeknik ungku omar. so maser aku pegang jawatan tu aku telah menguruskan dan menjalankan program2 serta majlis2 rasmi politeknik..paling besar sebagai pengarah persembahan sempena majlis pembukaan sukan politeknik politeknik malaysia 2005..kemudian aku dilantik sebagai pegawai khidmat pengurusan koprat dan alumni (kontrak gak) memang best la.bos pun baik .(tq pn. noni ). x lama lepas tue aku pun dapat tawaran melanjutkan pelajaran di University Penysvilia Silvery Island (upsi) hahaha... ok la nanti sambung lagi yer.......

Saturday, January 16, 2010

sambungan kisah semasa berumur 13thun-17thun

ermmmm.....aku teringin nak sambung pasal cerita aku semasa aku berumur 13-17 thun..kisah nyer macam nie..mak n ayah aku ni berniaga kat depan umah jew buat roti canai dan nasi lemak..jadi aku ni kenalah tolong family meniaga kan an an.jadi seawal 4.30 pg dah bangun untuk buka payung, wat ape yg patut la untuk meniaga smpai kul 7.00pg kemudian bersiap g sekolah. itulah rutin aku...seronok gak sebab hari2 leh bawa makanan lebih bg kawan mkn...(padahal sendiri makan.huuhu)..itu yg kurus tu..hehe..aku ni sekolah dekat dengan umah jd tu yg selalu g lewat skit...smk seri manjung. dan pada waktu malam aku penuhkan jadual dengan aktiviti luar(bukan nak stdy aku ni malas) aku pon join la jiran muda KRT seri manjung, kat sini aku banyak la belajar tentang kesenian contoh main kompang ,masuk tarian dan macam2 lagi. aku ni gak suka ikut kawan...dulu aku pernah ikut skin head,(ala yg pakai seluar kecik kat bhagian bawah tu),silat haram semua ader la... dan aku ni nakal kut..dulu la masa bulan puasa aku suka ikut qiamulail, masa waktu pg org tgh tidur dan sibuk bgun nak solat, aku n d geng naik basikal pergi kedai dan pasar (tau wat per)kwn2 aku g ambil telur byk2 nak baling atas jalan...(pelik kan)aku x dela ambil cuma ikut je..sebab masa tu ayah aku penghulu jadi nanti kalau org taman dpt tahu malulah...hehehe ok sepanjang aku dok bercerita td kan mesti nampak macam hepi kannn an....tapi waktu inilah aku x rapat dengan family aku sendiri.selama 6 thun..
aku pun tak tau nak ckp camner ntah...xper la skrg dah ok alhamdulillah syukur sgt2... ok la sekiann nanti aku cerita pasal aku kt poli erk

Friday, January 15, 2010

salam satu malaysia semua...erm sebenarnya saya tidak lah berminat sangat dengan blog nie..tapi dah adik adik semua ader blog, tu yg teruja gak na wat blog ni semalam....so mulai ari nie saya pun memulakan lah story saya. jadi sesiapa yg nak beri pandangan dan komen2 boleh la post yer untuk penambahbaikan insyallah....



aku ingat nak cerita skit tentang diri aku nie...nama yg mak n ayah tersayang berikan ialah MOHD SHAHRIR BIN ABDULLAH, haa alhamdulillah sekarang aku dah 29 thn(sebenar) dah tapi kalau ikut i/c tu aku berumur 25 thn(x betul) tapi ader la sebab2 yg x leh aku ceritakan. biarlah keluarga aku je yg tahu kan an..an. aku ni ader 7 adik beradik dan kalau nak tau saya ada kembar tau... nama dia zulkarnain..masa aku baru dilahirkan dalam 3 bulan aku ader la sorang makcik nie yg ku panggil mama. dia minat sangat kat aku, jadi dia pun jumpa la mak aku, then dia minta nak jaga aku juga bergilir-gilir. d sebabkan kawan baik mak n ayah aku, mama n mak aku menjaga aku seminggu sekali sampai umurku 3 thun. kemudian umur 4 thun aku mengikut ayahku berpindah ke singapore kerana ayahku ni Navy(tentera laut). mak aku kater aku ni nakal. erm betul kut...kat singapore sekolah tadika hanya untuk umur 5 tahun. tapi mak aku kater aku menangis nak g juga sekolah tu..sampai cikgu tu terpaksa terima aku juga..hehe.jadi aku pun belajar la kt situ sampai dpt segulung sijil,..siap pakai jubah lg ..ok dah abis pasal aku nyer sekolah zaman kanak2 .bila umur aku masuk 6 thun aku berpindah balik ke lumut smpai la sekarang.maser kat lumut ni macam-macam cerita ader.. hidup aku ni x la seronok sgt mcm yg lain dan x lah sekaya org lain, tapi alhamdulillah syukur hidup sampai sekarang... dari umur 6thun aku tolong mak meniaga roti canai,nasi lemak dan kuih...aku ngan kakak aku la g meniaga terjerit terpekik la duk suruh org beli kuih..nak tau camaner kuih...kuih....ondeh..karipap..cuk badak.. erm lebih kurang macam tula..bila teringat nak ketawa pun ader sedih pun ader gak...tapi bila mak kata itulah duit nak sekolahkan kita orang adik beradik aku pun x dela ckp ape2 teruskan menjual la..sampai la aku umur 12 tahun....dan byk lagi rasernya kalau nak cerita.tp x yahla. ok tuje la untuk permulaan yer...nanti aku nak cerita pasal aku dan family pada usia 13-17 thun yer